Friday, 11 November 2011

Pusat SIber JKKK

Pada hari ini, kami ingin menceritakan bagaimana tertubuhnya Pusat Siber JKKK. Untuk pengetahuan semua pihak pada akhir bulan September kampung kami telah dipilih bagi menerima 10 buah komputer daripada salah sebuah syarikat komputer yang terdapat di Ulu Tiram Johor. Syarikat tersebut bersetuju memberi sumbangan 10 biji komputer beserta dengan kelengkapan dan software. Majlis penerimaan komputer tersebut di adakan pada 7 Oktober 2011 bertempat di Bilik Gerakan. Melalui majlis itu, pihak kami telah menyediakan sijil penghargaan kepada pihak syarikat bagi menghargai sumbangan beliau. Oleh itu melalui idea dan pandangan dari ketua kampung, kami semua telah menyokong dan bersepakat untuk menubuhkan Pusat Siber bagi memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada seluruh penduduk kami selain dapat meningkatkan tahap celik ilmu dan celik IT di kalangan penduduk. Melalui beberapa usaha dan bantuan semua pihak, maka wujudlah Pusat Siber JKKK Kg dato' Abdul Ghani Othman bertempat di Bilik Gerakan JKKK memandangkan Bilik Gerakan ini telah mempunyai kemudahan penghawa dingin dan meja bulat yang besar bagi memuatkan kesemua komputer. Perkhidmatan ini telah mula beroperasi secara rasmi pada 6 September 2011. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

 Selain itu juga terdapat penambahan perkhidmatan seperti penjualan topup maxis, celcom dan digi. Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan memuat turun pelbagai jenis cerita atau game boleh juga mendapatkan nya di sini. Di samping itu, kami juga menjual bulu tangkis memandangkan aktiviti badminton sering dijalankan di dewan serbaguna di hadapan bilik gerakan pada setiap malam dan waktu cuti umum. Penjualan baju sukan tanpa cetak dan didatangkan dengan pelbagai warna juga ada di jual di sini.

Diharapkan melalui perkhidmatan ini, dapatlah memudahkan penduduk kampung di samping dapat menjana pendapatan Organisasi JKKK Kg Dato' Abdul Ghani Othman. Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan di Pusat Siber ini sila hubungi Encik Taufik Bin Tahir (019-9896483).

Pertandingan Desa Cemerlang

Kg Dato' Abdul Ghani Othman telah dipilih bagi menyertai pentandingan Desa Cemerlang peringkat daerah Kota Tinggi. Bagi menyertai pertandingan ini, kami telah pun mengadakan mesyuarat JKKK bagi mendapatkan idea-idea yang bernas dalam penulisan buku profil kampung di samping pemberian tugasan mencantik dan mengindahkan kawasan kampung. Kami menggunakan masa satu minggu yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Setiap AJK menjalankan tugas masing-masing dengan teratur dan bijaksana. Perancangan yang rapi telah dilakukan melalui kesepakatan semua ahli JKKK kampung dan seluruh penduduk kampung. 

Pada 8 November 2011 seramai lebih kurang 10 orang pengadil yang datang ke kampung kami bagi mengadili dan memberi markah dari pelbagai aspek. Kami selaku JKKK Kampung Dato Abdul Ghani Othman amat berbesar hati dengan kehadiran para pengadil. Tibalah masanya bagi kami untuk mempersembahkan slideshow yang terdapat butir-butir serta pelbagai kandungan yang menggambarkan keseluruhan kampung kami. Tuan Hj Tahir selaku Ketua Kampung kami memulakan pembentangan dengan disertai oleh Pengerusi Surau dan Pengerusi RELA. Setiap pengadil diberikan sebuah buku profil kampung yang terdapat butir-butir yang lebih terperinci mengenai kampung kami. Dan Alhamdulillah semua soalan yang dikemukan dapat kami jawap dengan sempurna di samping membawa pengadil untuk melihat beberapa hasil kerja dan kraftangan yang telah penduduk kami lakukan. Kami mengharapkan agar pengadil berpuas hati dengan apa yang telah dipersembahkan. Keputusan tidak diumumkan pada waktu itu juga kerana terdapat kampung lain lagi yang perlu di di lawati dan diadili. 

Kami selaku JKKK Kampung Dato' Abdul Ghani Othman ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengadil yang sudi datang ke kampung pada hari tersebut. Ucapan terima kasih juga ditujukan khas buat ahli JKKK yang banyak berkorban tenaga, masa dan wang ringgit bagi menjayakan dan memajukan kampung tanpa mengenal erti penat dan lelah. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh penduduk kampung yang telah banyak bekerjasama dan bermuafakat dalam memajukan kampung kita KAMPUNG DATO' ABDUL GHANI OTHMAN. Kepada ketua kampung kami TUAN HAJI TAHIR BIN ARIS kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kerana berjaya memimpin kampung kami hingga berada ke tahap seperti sekarang. Terima kasih di atas kepimpinan anda yang adil dan bijaksana. Insyallah kami akan sentiasa memberi kerjasama dan menyokong penuh usaha Tok Tahir. Semoga kampung kita akan bertambah maju selaras dengan visi, misi dan matlamat yang ingin kita capai . Insya-Allah.

Buku Profile Kampung

Selesai sudah kami menyiarkan keseluruhan buku profile kampung kami.. semoga dapat dijadikan rujukan untuk kita semua

Kursus Latihan Hujung Minggu

Kg Dato' Abdul Ghani Othman akan mengadakan kursus percuma anjuran dari Pertanian dan Perikann Kota Tinggi pada masa dan butir-butir adalah seperti berikut:
Tarikh: 12hb November 2011 ( Sabtu)
Tempat : Dewan Serbaguna Kg Dato' Abdul Ghani Othman
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Kursus yang diadakan 

Bidang pertanian - Kaedah mencantum pokok
Bidang ternakan - Program PINTAF Jabatan
Bidang Perikanan - ternakan ikan kolam
Bidang FAMA - Maklumat 3 P dan Kualiti produk
Bidang IAT - Teknologi Proses Hasilan Soya


Makanan pagi, tengah hari dan petang disediakan
 
Semua warga penduduk Kg Dato' Abdul Ghani Othman dijemput hadir bagi menjayakan program/kursus ini di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Adalah diharapkan agar kursus ini dapat memberi panduan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin berjinak-jinak dalam memulakan sesuatu perniagaan.

Thursday, 10 November 2011

Teknologi Maklumat

Pusat Siber JKKK

Pendidikan

 Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus Pelancongan
 Ceramah Agama Mingguan
Pendidikan Taska Permata

Kepimpinan

 Kursus Kepimpinan Belia
Mesyuarat AJK GDW